Sekolah Ku Tasek Permai

Just another WordPress.com weblog

Latar Belakang Sekolah

gse_multipart674612.jpg 

MOTTO SMKTP
“ILMU AMAL BUDI”

VISI SMKTP

“Menjadikan SMK Tasek Permai sebagai sebuah sekolah yang sentiasa cemerlang dan gemilang dalam bidang ko-kurikulum yang mampu melahirkan insan yang bersahsiah mulia serta berketerampilan dan menjadi kebanggaan warganya serta disanjungi masyarakat.”

MISI SMKTP

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Permai akan berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan seluruh sumber yang ada dalam melahirkan insan yang:

– Sayang dan kasih kepada ibu bapa, guru dan sekolah

M– Minat dan beriltizam tinggi untuk mencapai kejayaan yang membanggakan

K -Komited dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab

T -Tekun dan sabar dalam berusaha untuk mencapai kejayaan

P -Pasrah dan Redha dengan ketentuan Allah

Nama sekolah ini dipilih berdasarkan nama kampung dimana sekolah ini didirikan.Sekolah ini mula dirancang dan dibina pada tahun 1992. Ia siap dibina pada 01 November 1994 dan mula beroperasi pada 01 Disember 1994. Sekolah ini dibina diatas sebuah cerun bukit yang telah diratakan di kawasan kampung Tasek Permai, Mukim Ampang, Selangor. Kontraktor pembinaan utama ialah Syarikat Pembinaan Tenompok Sdn. Bhd. Pihak berkuasa yang menyelia pembinaan sekolah ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kajang. Tarikh penyerahan bangunan sekolah ialah pada 20 November 1994 dari JKR kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Wakil PPD Hulu Langat ialah Tn. Hj. Hatim bin Mohd Arshad .

Bilangan murid pada permulaan sesi pertama persekolahan pada 01 Disember 1994 ialah seramai 802 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 39 orang manakala bilangan kakitangan sokongan seramai 2 orang (seorang pembantu tadbir dan seorang lagi PAR). Bilangan kelas pada ketika itu ialah sebanyak 7 buah kelas untuk Tingkatan Peralihan (dari sekolah-sekolah ‘Feeder’), 8 kelas untuk Tingkatan 1 dan 6 kelas untuk Tingkatan 2. (Murid Tingkatan 1 dan 2 dipindah masuk dari SMK Taman Kosas)

Kemudahan seperti kantin dan kedai buku juga beroperasi buat pertama kalinya pada hari tersebut. Tarikh Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah pada 02 April 1995. Peperiksaan PMR pertama ialah pada tahun 1997 manakala Peperiksaan SPM pertama ialah pada tahun 1998. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Lee Yoke Kum dan telah bersara pada 23 Mei 2001.

Pengetua kedua ialah En. Ismail bin Musa dan telah melapor diri pada 01 Julai 2001 dan jumlah guru ketika itu ialah seramai 92 orang dan kakitangan sokongan pula seramai 11 orang. Jumlah murid pula adalah seramai 1785 orang. Sekolah ini telah dinaikkan gred menjadi sekolah Gred A pada 01 Jun 2002

Advertisements

February 18, 2007 Posted by | Uncategorized | Leave a comment